
Pertubuhan Penggerak Pendidikan Ranau PPM-007-12-21032024 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan bagi membimbing dan mendedahkan pendidikan berasaskan kemahiran dan akademik sebagai jalan keluar daripada belenggu kemiskinan dan kesukaran hidup kepada keluarga yang terkesan di negeri Sabah, khususnya daerah Ranau.
Pertubuhan ini menjadi penyampai dan penghebah kepada penduduk setempat akan program-program peningkatan ekonomi dan pendidikan yang di jalankan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
Pertubuhan ini juga bertanggungjawab menyediakan modul, program, perkhidmatan latihan, ikhtisas dan teknikal yang diperlukan organisasi dalam sebarang aktiviti pendidikan yang dirancang.
Memperkasa Komuniti Melalui Pendidikan dan Kesejahteraan Sosial

Meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak dan orang dewasa

Latihan vokasional dan bengkel keusahawanan

Menormalisasikan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti terpinggir melalui program pembinaan kemahiran dan sokongan.
Misi kami adalah untuk meningkatkan pendidikan dan kesejahteraan sosial untuk rakyat Sabah, memastikan masa depan yang lebih cerah untuk semua.
Kami ingin melihat masyarakat Sabah di mana setiap individu mempunyai akses kepada pendidikan berkualiti dan komuniti yang maju dan berdayasaing.

Executive Director Pertubuhan Penggerak Pendidikan Ranau

Sertai pasukan sukarelawan kami yang berdedikasi dan buat perbezaan






